Thursday, January 6, 2011

personaliti dan tarikh lahir :)

5 JULAI-14 JULAI

wah kamu ini jenis orang yang berani menangguh segala risiko atas setiap perbuatan yang dilakukan.kamu punyai matlamat sendiri dalam hidup yang menjadi target selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. menyentuh soal percintaan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai temanmu tapi bila kepercayaan iu wujud, selamanya kamu percayakan si dia..

15 JULAI-25 JULAI 

Kamu seorang yang manis,tenang dan sopan. sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. tapi jangan tak tah. kamu nie jiwang karat juga orang nya. sentiasa sahaja berminta hal-hal yang romantik kepada si dia :)

26 JULAI-4 OGOS

Si merah jambu,kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik di dalam apa jua yang dilakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilingnya. namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering sahaja berprasangka buruk terhadap orang lain. dari segi percintaan, kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata-mata.

5 OGOS-13 OGOS

ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga patah hati. kalau mahukan hubungan itu berpanjangan kamu harus bersikap labih serius dan ikhlas.

14 OGOS-23 OGOS

salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pndai menyesuaikan diri dengan orang yang baru kenali. mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu! kamu juga ingin diri disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati.

24 OGOS-2 SEPTEMBER

Sebagai seorang teman,kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tidak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. tapi bila sedar cinta itu tidak berbalas, kmau cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti..

3 SEPTEMBER-12 SEPTEMBER

senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba sehingga kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah mempercayai pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta.


13 SEPTEMBER- 23 SEPTEMBER


kamu suka disayangi dan menyayangi. kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin stau badan'! teman atau kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.


24 SEPTEMBER-3 OKTOBER


tak ranai yang dapat mendekati diri kamu kecualiorang yang benar-benar kamu percayai. walau begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka


4 OKTOBER-13 OKTOBER


kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punyai keberanian untuk malakukan apa saja. tapi kamu  tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.


14 OKTOBER-23 OKTOBER


ternyata kamu ini seorang yang berimiginasi tinggi dan berbakat. walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil.


24 OKTOBER-11 NOVEMBER


kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. cemburu itu memang tanda nya sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya. :)


12 NOVEMBER-21 NOVEMBER


 kamu seorang yang tahu apa yang dilakukan, yang mana betul dan mana silapnya. kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar disukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu sahaja.


22 NOVEMBER-1 DISEMBER


Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa jua bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan perhubungan cinta dan tidak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai..


2 DISEMBER-11 DISEMBER


Si pemilik warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa jua perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. sesekali kamu boleh bersikap mementingkan diri sendiri. namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.


12 DISEMBER-21 DISEMBER


kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan.


22 DISEMBER-31 DISEMBER


tak kira lelaki ataupun perempuan terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. manakala dalam memilih pasangan, kamu, kamu bercita rasa cukup tinggi. kamu tak akan pilih yang sembarangan sahaja. :)

No comments:

Post a Comment