assalamualaikum..
cuba renungkan ayat nie.. :)
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agungnya cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan kr jalan fisabililah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri rasulullah yang bijak
Pendorang kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…………
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abunyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…
Ketika ku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup siti sarah…
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada ALLAH
Itulah wanita Siti Hajar…
Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah
Permaisuri hidup Nabi Ayub..pasrah dengan dugaan tuhannya..
Walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan..namun ia kembali
Kerana iman yang kuat ..telah dijanjikan syurga adalah balasannya..
Bahagia adalah miliknya…
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah
nie membe aku tag aku kat fb...terasa kerdil diri disisi ALLAH..